Latar Belakang

Mengenai Kami

Pejabat Penasihat Undang-Undang (PUU) ditubuhkan bagi menasihati dan memberikan khidmat berkaitan perundangan kepada Pihak Pengurusan Universiti dan Pusat Tanggungjawab lain yang memerlukan khidmat sedemikian agar transaksi-transaksi yang dimasuki oleh pihak-pihak tersebut mematuhi skop dan bidang kuasa yang diberikan oleh Perlembagaan Universiti Malaysia Kelantan (P.U (A) 462/2010) kepadanya.

About Us

Visi


Untuk menyediakan perkhidmatan perundangan yang berkualiti tinggi.

Misi


Untuk menasihati dan menyediakan perkhidmatan perundangan kepada Universiti Malaysia Kelantan selaras dengan Perlembagaan Universiti Malaysia Kelantan dan undang-undang Malaysia.

Objektif


Mengendalikan semua urusan berkaitan perundangan dan memastikan governans Universiti dilaksanakan berdasarkan undang-undang yang berkuatkuasa di Malaysia demi mencapai visi dan misi Universiti.