Menasihati Universiti dalam semua hal perundangan yang melibatkan governan, polisi dan pentadbiran am, pembangunan, hal ehwal staf dan pelajar, kampus dan akademik, tatatertib staf dan pelajar, harta intelek dan komersialan berdasarkan Akta, Perlembagaan Universiti, statut, kaedah, peraturan, pekeliling dan garis panduan yang berkaitan dengan kepentingan Universiti.


Menasihati Universiti berkaitan dengan fungsi, kuasa dan kewajipan yang diperuntukan di bawah Akta, Perlembagaan Universiti, statut, kaedah, peraturan, pekeliling dan garis panduan yang dibuat oleh Universiti.


Memberi kefahaman kepada staf dan pelajar Universiti berkaitan Akta, Perlembagaan Universiti, statut, kaedah, peraturan, pekeliling dan garis panduan yang terpakai di Universiti.