PEJABAT PENASIHAT UNDANG-UNDANG
Penasihat Undang-Undang (PUU), UMK telah dilantik pada 11 Mac 2012 dan pada 13 Mac 2012, Pejabat Penasihat Undang-Undang (Pejabat PUU) telah diwujudkan dan ditempatkan di bawah Jabatan Canselori. Pejabat ini terdiri daripada enam (6) orang staf iaitu Penasihat Undang-Undang, dua (2) Pegawai Undang-Undang, Penolong Pegawai Tadbir dan dua (2) Pembantu Tadbir (Perkeranian dan Operasi (P/O)).
Nama pejabat PUU telah di ubah kepada Bahagian Perundangan dan Governans (BP&G) melalui Pekeliling Pentadbiran Bil. 1/2013 - Carta Organisasi Universiti Malaysia Kelantan bertarikh 2 Januari 2013. |